+609 553 5555

pro@unipsas.edu.my

Frequently Asked Questions

Kami siap menjawab semua pertanyaan Anda.

Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanyakan mengenai Apel dan prosesnya.

APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Permohonan dibuat secara dalam talian di

i. Program peringkat Ijazah Sarjana
Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana, calon haruslah berumur 30 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki kelayakan STPM atau Diploma atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian.

ii. Program peringkat Ijazah Sarjana Muda
Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, calon haruslah berumur 21 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

iii. Program peringkat Diploma
Iaitu bagi kemasukan ke program Diploma, calon haruslah berumur 20 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

iv. Program peringkat Sijil
Iaitu bagi kemasukan ke program Sijil, calon haruslah berumur 19 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

Buat masa ini penilaian APEL.A di Malaysia bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:

1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).

Semua program pengajian yang ditawarkan di PPT.

Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut.

Bagi permohonan Sarjana (APEL T-7), sebanyak 30 bidang yang ditawarkan seperti yang dipaparkan di pautan

Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian dalam mod secara sepenuh masa dan separuh masa.

Bagi sijil APEL.A peringkat Sarjana (APEL T-7), mod penawaran hanya melibatkan pengajian secara kerja kursus dan campuran sahaja.

Fi penilaian APEL.A mengikut tahap adalah seperti berikut:

Pembayaran fi APEL.A bergantung kepada pemilihan tahap penilaian dan pemilihan pusat penilaian yang dibuat oleh calon seperti berikut:

Calon boleh merujuk kepada Buku Panduan APEL untuk Pelajar (Bahagian V) di pautan

1. Tempoh minimum DUA (2) bulan bagi calon Tahap 3, 4 dan 6 dari tarikh permohonan lengkap.
2. Tempoh minimum TIGA (3) bulan bagi Tahap 7 dari tarikh permohonan lengkap.

Tahap 3, 4 dan 6:
- Ujian Aptitud dan Portfolio.

Tahap 7:
- Ujian Aptitud, Portfolio dan Temu duga.

Struktur Ujian Tahap 3 dan 4:
Nota: Pemohon mestilah menjawab 20 soalan dengan betul untuk lulus.

Struktur Ujian Tahap 6:
Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.

Struktur Ujian Tahap 7:
Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.

PPA adalah PPT yang dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses sepenuhnya penilaian APEL.A bagi kemasukan ke program tahap 6 dan 7.

Sehingga kini sebanyak enam PPA yang telah dilantik oleh MQA iaitu:

1. Open University Malaysia (OUM);
2. Wawasan Open University (WOU);
3. Universiti Utara Malaysia (UUM);
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); dan
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Calon yang telah memperoleh sijil APEL.A MQA boleh melanjutkan pengajian di mana-mana PPT walaupun menjalani penilaian APEL.A di enam PPA tersebut.

Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik selepas mendaftar pada Portal APEL.A MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan di dalam e-mel tersebut.

Pemohon dinasihatkan memohon APEL.A sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan sebelum tarikh kemasukan ke institusi pengajian tinggi pilihan.

Universiti Rakan (UR) adalah pusat yang dilantik untuk mengendalikan UJIAN APTITUD bagi pihak MQA.

Sehingga kini sebanyak dua PPA yang telah dilantik oleh MQA iaitu:


1. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM); dan
2. Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Jika tidak menemukan jawaban, ajukan pertanyaan Anda kepada kami.

Address

Km 8, Jalan Gambang 25150 Kuantan Pahang Darul Makmur  MALAYSIA

© 2024 — Copyright

Contact us

Phone : +609 553 5555
Email : pro@unipsas.edu.my

Podcast

Akan Datang

Bantuan Dermasiswa

Akan Datang

Yuran Hostel Ditanggung 90%

Akan Datang

Tiket Penerbangan Percuma

Akan Datang

Permindahan Kredit

Akan Datang

Program UniPSAS - Universiti Al-Azhar

Akan Datang

Alumni

Akan Datang

Asrama

Akan Datang

Yuran Pendaftaran RM150

Akan Datang

Proses Permohonan

  1. Lihat Program Serta Syarat
  2. Tekan ‘Mohon Sekarang’
  3. Surat Tawaran Akan Dikeluarkan Bermula 27 April 2023
  4. Sekiranya Berminat Bayaran Pendaftaran Sebanyak RM150 Boleh Dilakukan Serta-merta Setelah Menerima Surat Tawaran Secara PDF
  5. Tarikh Hadir Ke UnIPSAS Pada 10 Julai 2023
  6. Sekiranya Terlepas Tarikh Tersebut Anda Boleh Melaporkan Diri Selewat-lewatnya Pada 31 Ogos 2023

Pemakaian

Program Rasmi & Kuliah :

  • LELAKI – Kemeja Lengan Panjang,Seluar Slack Hitam, Bertali Leher, Bersongkok,Berkasut Hitam,Berstokin Hitam
  • PEREMPUAN- Memakai Tudung (Bulat/Bawal) Yang Dilabuhkan Sehingga Paras Dada, Berbaju Kurung/Jubah Yang Longgar (Tidak Ketat) Bercorak Bebas & Sopan

SUKAN :

  • LELAKI – Baju Sukan, Seluar Track, Berstokin & Kasut Yang Sesuai
  • PEREMPUAN – Baju Sukan Muslimah, Seluar Track, Berstokin & Kasut Yang Sesuai

Diiktiraf MQA/JPT

UnIPSAS Diiktiraf Oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pendahuluan Tiket Kapal Terbang Kepada Sabah,Sarawak Dan Labuan

Pihak UnIPSAS Juga Akan Menguruskan Pengambilan Pelajar Di KLIA.

Status Universiti Penuh

Institut Pengajian Tinggi Negeri (IPTN) Milik Kerajaan Negeri Pahang Berstatus Universiti Penuh.Dahulu KUIPSAS, Kini Dikenali Sebagai UnIPSAS.

Bantuan Pendidikan 2023

Biasiswa Kerajaan Negeri Pahang
(Asasi Sains Kemanusiaan)
*Terbuka kepada semua warga negara Malaysia

Biasiswa Sara Hidup Yayasan Pahang (B40 & M40)
*RM 9000- RM12000

Bantuan Awal
*RM500 – Yayasan Pahang
*RM700 – Muip

Dermasiswa Muip
*RM700 – RM1200 Setahun

Pinjaman Ptptn

Kupon Makanan Percuma
(Asnaf & B40)

Bantuan Tamat Pengajian RM500
(kepada pelajar Sarjana dan PhD yang Graduate On Time sahaja)

Pendahuluan Tiket Kapal Terbang
(Sabah,sarawak & Labuan)

Penginapan Disediakan
(Pelajar Baharu)